Friday 9 December 2011

TEKSTIL (FABRIK) DAN PAKAIAN

TEKSTIL


Sebenarnya di Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, belbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam masayrakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalanya, adakah mereka tahu apakah sebenarnya material yang mereka sedang pakai. Sayangnya mereka tidak menyedari dan tidak mahu ambil tahu semua itu. Jikalau mereka tahu kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa bertapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri.


Dalam blog ini,  saya cuba memasukan seberapa banyak malumat mengenai Tekstil dan Fabrik serta pakaian yang sesuai dihasilkan daripadanya... Semoga dapat membantu anda memilih fabrik yang sesuai untuk dijadika pakaian anda!!...




1. FABRIK COTTON (KAPAS)

BAJU KEBAYA
ENGLISH COTTON
   KAIN kapas memang digemari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Selain lembut, ia mampu menyerap peluh dan sesuai di negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia. Kain kapas lebih lembut dan mempunyai banyak pilihan. Harganya juga tidak terlalu mahal selain selesa dipakai. 

  Sebenarnya kain kapas ini amat berbeza dengan kain kapas lain terutama dari segi kualiti dan corak. Bila tengok sepintas lalu ia tidak nampak seperti kain kapas kerana ia jenis yang biasa digunakan bagi pembuatan baju T. Jadi kain jenis ini lebih selesa dipakai, tidak panas dan menyerap peluh. Jenis kain ini juga lembut dan sekali gus menjadikan si pemakainya tanpa cantik kerana sesiapa sahaja yang memakainya, ia akan terletak elok. Diberi sentuhan warna-warna lembut dan terang seperti merah, biru, ungu dan putih secara tidak langsung ia menampilkan keceriaan. Lebih istimewa, koleksi tersebut cukup bersopan dan menawan dan sudah pasti ia sesuai digayakan oleh mereka yang bertudung.


ENGLISH SATIN COTTON





KURUNG PAHANG 
2. FABRIK SATIN

Kain satin atau kebaya satin yang lembut, nipis dan licin dan yang paling penting sekali warnanya mestilah terang macam warna emas, kuning, pink takpun warna krom ( warna besi stainless steel )

Ini ada beberapa tips untuk perawatan kain satin kesayangan kita agar tetap awet dan tahan lama;
1) Rendam pakaian selama 10-15 minit, Angkat tanpa perlu dibilas dan jangan mencuci dengan mesin cuci kerana akan merosak tekstur kain.


2) Saat menyetrika pastikan suhunya tidak tinggi. Sedikit saja setrika panas, akan meninggalkan tanda bekas setrika di pakaian berbahan satin.

3) Simpan pakaian berbahan satin dilemari dengan digantung menggunakan hanger agar tidak meninggalkan bekas lipatan. Untuk menghindari jamur, keluarkan sesekali untuk diangin-anginkan.




3. FABRIK BATIK SUTERA

Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. 

SUTERA BATIK
Tip Penjagaan Sutera

1. Sutera batik merupakan fabrik yang mahal dan bernilai. Ramai dikalangan kita menghabiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk memilikinya. Jadi wajarlah bagi kita untuk menjaga fabrik sutera batik kita dengan baik.

2. Rekacorak sutera batik mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Batik yang baik terhasil dari ketelitian, kehalusan, pengwarnaan, cuaca dan seni tangan pelukisnya.

3. Sutera adalah sejenis fabrik halus yang sensitif dan mudah luntur (sinar suteranya) jika tidak dijaga dengan baik

4. FABRIK SONGKET

 
kebaya + kain songket

SONGKET atau sutera tentunya membuatkan penggemar fesyen berfikir banyak kali untuk menggayakannya pada hari biasa kerana kedua-dua jenis fabrik berkenaan dianggap sebagai fabrik mahal, bahkan sensitif dan memerlukan penjagaan rapi kerana proses tenunan atau mutu kain yang sangat indah. 
kebaya sulam + songket 

TIP PENJAGAAN:
1. Elakkan daripada melipat kain songket tadi walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket tu.
2. Setelah itu, simpanlah gulungan songket tadi dengan cermat di dalam almari ataupun wardrobe anda.
3. Elakkan songket tu daripada dihempap oleh mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.
4. Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana ia akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu sendiri (kalau dah gulung elok-elok, takyah lah nak gosok lagi, kan?).
5. Lagi satu, hindari daripada selalu mencuci kain songket. Kalau anda rase nak sangat mencucinya, hantarlah ke kedai dobi untuk cucian kering (dry cleaning).

BAJU MELAYU KAIN SATIN Tekstur fabrik o Jalinan yang rapat, sebelah permukaan yang berkilat Cadangan penggunaan o Digabungkan dengan hiasan renda, manik atau labuci untuk menghasilkan alas dulang yang menarik Terbahagi kepada dua, iaitu o Baju Melayu potongan Teluk Belanga dan o Baju Melayu potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

No comments:

Post a Comment