Tuesday 6 December 2011

KENALI JENIS-JENIS KASUT ANDA...

Kitten Heel

Untuk pengetahuan korang kasut ini bertumit pendek. Tumitnya terdapat dari 1.5 inci hingga 2 inci. Berbentuk tirus tumitnya. Tak kirala jenis bertutup atau terbuka kalau tumit jenis macam ini. It is call kitten heel.


Ankle Straps

Kasut in sangatlah cantik dan membuatkan kita nampak muda lagi awet muda hahaha. Identiti yang perlu korang tahu tentang kasut ini ialah, ada lilitan di sekitar buku lali seperti gambar di atas. Tak kiralah tumit tinggi atau rendah kalau ada lilitan/tali ia adalah ankle straps.





Wedges

Kasut ini lebih stabil berbanding kasut bertumit. Kalau korang masih nak belajar pakai kasut bertumit silalah pakai kasut ini dulu untuk kestabilan badan anda. Lepas dah stabil dan boleh go on pakai la kasut sampai 8 inci pun boleh :)




Mary Jane

Kasut ini beridentitikan kasut bertali atau sandal yang bertumit rendah, lebar, tali di atas ruang kaki (tengah ) dan bahagian jari kaki yang bertutup bulat seperti gambar di atas. Sesuai kepada mereka yang bertubuh besar dan gologan wanita berusia. 




Peep Toes

Kasut ini sangat comel. Ciri-ciri kasut ini dia mempunyai lubang di bahagian hujung jari. Tersentullah ibu jarimu takhala memakainya.. so sweet.



Pumps

Kasut ini ada bermacam jenis ketinggian dan jenis tumit tapi ciri utamanya dia bertutup di hadapan dan belakang kasut. Kasut ini lebih kepada gaya formal. So kalau nak pergi interview eloklah korang pakai kasut macam ini...




Mules



Kasut ini berasal dari Perancis. Ciri kasut ini dia bertutup di hadapan dan terbuka di belakang. Tumit bermacam jenis ada yang tapak rata dan ada yang berinci-inci tingginya. 



Platform Shoes

Kasut macam ini stail tapak-tapak yang tebal dan tinggi. Ketinggian kasut ini 4 inci gitu.. Kasut ini wujud sejak zaman kuno lagi. Walaupun nampak ketinggalan zaman tapi tetap menjadi ikutan fesyen. Kalau korang nak tahu, contoh kasut sandal/selipar yang tinggi-tinggi itu adalah salah satu jenis platform shoes.





Ballet Plat

Walaupun kasut ini diaspirasikan daripada kasut ballet tapi sudah menjadi ikutan fesyen semasa. Kasut ini bertutup dan tapak leper. Sekarang ni macam-macam jenis kasut ballet flat yang ada..cross pun ada design macam ni.







Winklepickers

Kasut ini ala-ala boots gitu. Pengemarnya mungkin sukakan gaya rock. Sangat cool!












No comments:

Post a Comment